Membeli Sebatang Pen dan Dapat Hadiah Emas

pen-cincin

Soalan

Ada yang mencadangkan aqad untuk menutupi masalah riba jual beli emas secara ETA. Apa pandagan ustaz?

Contohnya: “Saya jual Pen sebatang dengan harga RM12600. Tuan bayar hari ini RM12600 saya akan beri sebatang Pen dan selepas 7 hari bekerja saya akan beri hadiah kepada tuan 100g EMAS”.

Jawapan

Ia adalah helah yang jelas ke atas jual beli emas bertangguh. Jumlah RM 12600 adalah nilai 100g emas, bukannya harga sebenar pen. Jual beli emas bertangguh serahan atau bayaran adalah riba. Helah untuk melakukan perkara yang haram adalah haram.

Ada satu cerita dari sheikh Soleh al-Lheidan, dari Riyadh, seorang Arab badwi, sesat di padang pasir, dia bernazar, kalau dia boleh balik ke kampung halamannya, dia akan menjual untanya dengan harga 1 dirham (lebih kurang rm50). Kemudian dia selamat. Masa nak bayar nazar, dia ikat kucing mati di kaki untanya, lalu dia lelong untanya: “Unta untuk dijual, harganya hanya 1 dirham, tetapi ia mesti dibeli bersamanya kucing mati dengan harga 10 dinar (RM5k).”

Ia adalah helah dan penipuan. Nak tipu siapa? Nak tipu Tuhan?

Hindarilah transaksi tersebut.

sumber – drazman.net (Dr. Azman Mohd Noor)

Soalan # Jual Beli Emas

127543_transaksi-emas-antam-0

Soalan 1 :
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda,atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas.Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu emas dalam bentuk dinar,syiling,bar dan jongkong.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang.Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.

Emas sangat istimewa kerana :

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Soalan 2 :
Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.

Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik!Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi.Manakah yang anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk jangka masa panjang.

Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas.Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh malaysia.Tanpa perlu buka kedai emas,dealer-dealer ini mampu menjual emas berkilo-kilo.Salah satu platform yang digunakan adalah melalui blog dan laman sosial.Web ini salah satu contoh menjual dan membeli emas di seluruh Malaysia,anda juga boleh rujuk pada kami.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.
Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!

Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii)Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii)Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas.Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda

Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3.Emas adalah aset yg mudah cair
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5.Pelindung kekayaan
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan

Soalan 6 :
Bagaimana saya harus bermula ?
Tip Simpanan Emas
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.

Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.

2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.

Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .

sumber : www.jutawangold.com

Bolehkah Membeli Emas Dengan Niat Menjualnya Semula Apabila Harga Naik?

rantai banyak

Soalan

Assalamualaikum Dr. Nk tanya, bagaimana keadaannya kalau kita jual emas hanya bila harganya naik dan tinggi? Adakah ianya dikira sbg hoarding yg dilarang Rasulullah SAW?

Jawapan

Saya tidak nampak ia adalah hoarding (ihtikar) yang dilarang oleh Rasulullah. Yang dilarang ialah, sekiranya ia boleh memudaratkan orang ramai, harga melambung kerana hoarding. Adapaun beli emas buat simpanan secara individu dan tunngu harga naik baru jual, ia tidak menjejaskan harga pasaran dan tidak memudaratkan orang ramai. Dengan itu, saya berpandangan bahawa membeli dan menyimpan emas walaupun bertujuan untuk menjual balik semasa harga naik adalah harus.

Perlu diingatkan, jual beli emas mestilah secara tunai dan serahan emas dilakukan di dalam majlis aqad. Perlu juga diingatkan harga emas bukan sentiasa naik. Dari 2011, ia merudum tak naik naik. Semasa menjual balik, kebiasaannya ia hanya dibeli dengan harga diskaun atau lebih rendah dari harga pasaran. Jangan lupa juga tentang kewajipan berzakat pada emas yang disimpan.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Beli Emas Kemudian Menjualkannya Semula Kepada Syarikat Lain Secara Bayaran Ansuran

_DSC0774

Soalan
Saya ada soalan berkenaan dengan sebuah skim jual beli emas.

Harga emas tunai hari ini – 130/g
Harga emas tertangguh 14 hari – 120/g

Beli 100g emas hari ini – 13000
Beli tertangguh 14 hari – 12000

Kemudian jual emas tersebut ke kompeni lain yang sentiasa bersedia membeli, mereka ambik 240/g. Bermakna penjual akan dapat RM24000.

Tetapi, mereka nak bayar wang pendahuluan dahulu sebanyak 10 000. Baki seterusnya dibayar secara bulanan sampai cukup 24000

persoalan. Adakah berlaku riba di sini?

Jawapan
Pertamanya jual beli emas bertangguh serahan atau bayaran adalah riba yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Sekiranya tuan membeli emas secara bertangguh dan menjualnya juga secara bertangguh kepada penjual yang sama, ia adalah bay’ al-’inah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Dalam kes ini, berlaku riba pada jual beli emas secara bertangguh pada kedua dua transaksi, dan riba berhelah pada jual beli bay’ a-’inah. Sekiranya ia dibeli secara bertanngguh (kebiasaannya dengan cara ETA), dan dijual kemudiannya kepada pihak lain, dalam situasi ini berlaku riba 2 kali pada setiap transaksi. Sekiranya dibeli secara tunai, dan dijual semula kepada pihak lain secara ansuran, masih juga berlaku riba pada jualan secara ansuran.

Kedua, amat mustahil ada pihak yang sanggup beli emas dengan harga yang begitu mahal iaitu RM24000 bagi 100g emas sedangkan harga pasaran hanyalah rm13k. Kemunkinan besar ia tidak lain kecuali proksi atau wakil kepada penjual/pengelola skim tersebut. Sekiranya ia dilakukan oleh proksi atau wakil, maka ia akan menjadi masalah bay’ al-’inah. Keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa ia adalah skim riba+cepat kaya.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Basikal bersadur Emas RM1.4 juta

11hmbemas.transformed

London: Sebuah basikal bersadur emas ditawar untuk dijual dengan harga RM1.4 juta. Syarikat barangan mewah Goldgenie.com menawar menjual basikal yang disadurkan dengan emas 24 karat itu di Internet.

Goldgenie.com yang sebelum ini terkenal kerana menghasilkan ‘perumah’ untuk telefon pintar dan tablet, menyadur seluruh basikal lumba itu dengan emas, termasuk pemegangnya dan setiap bucu rantai gear.

Ia turut dihiasai dengan berlian di beberapa tempat.

Basikal berkenaan turut dilengkapi dengan edisi terhad tempat duduk San Marco dan tayar lumba SR4.

Harga basikal itu mengalahkan kos membeli sebuah Ferrari dan juga lebih mahal daripada kos purata untuk membeli rumah di Britain bulan lalu. – Agensi – www.hmetro.com.my

Tun Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

MahathirPic06

Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

“Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

LAGI CERITA TENTANG EMAS

emasfaiz03

“Putrajaya: Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) 2013 bakal membawa pulang hadiah jongkong emas seberat 350 gram (g) yang bernilai kira-kira RM70,000 selain wang tunai RM40,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian hadiah jongkong emas itu ditaja Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menggantikan hadiah kereta Proton Preve yang dijanjikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur, sebelum ini. Menurutnya, pemberian jongkong emas itu adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran MTQA bertujuan memudahkan pemenang membawa pulang hadiah ke negara mereka. “Pemberian jongkong emas berkenaan kepada pemenang memudahkan mereka membawa pulang hadiah itu termasuk boleh dimasukkan dalam poket saja.

“Pada masa sama, kita berbuat demikian selepas mendapati kemungkinan kos pengangkutan dan penghantaran kereta Proton Preve ke negara diwakili juara kategori qari dan qariah MTQA adalah lebih tinggi berbanding nilai hadiah itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan setem kenangan sempena ulang tahun ke-55 MTQA di Masjid Putra di sini, semalam. Majlis perasmian MTQA ke-55 akan disempurnakan oleh Timbalan Yang Pertuan Agong merangkap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Majlis penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 6 Julai ini. Dalam pada itu, Jamil berkata, beliau gembira kerana sehingga kini seramai 76 peserta mewakili 45 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Indonesia dan Thailand sudah mengesahkan diri untuk menyertai.”

Artikel di petik dari Harian Metro

Sumber- emasfaiz.blogspots.com

*PS : Lepas baca ni, mesti anda semua faham kenapa emas sangat penting… so apa tunggu lagi, jangan bazirkan masa anda… pelajari ILMU EMAS di blog ini dan di mana mana blog tentang emas

TAHAP OPTIMUM EMAS

pamp-suisse-original

Ramai yang tidak tahu kita boleh buat duit gila-gila dengan EMAS. Ramai yang takut bila harga emas jatuh menjunam. Sebenarnya kita boleh MENJANA KEUNTUNGAN yang sangat banyak walaupun harga emas jatuh giler! Walaupun masa kita labur awal-awal dulu, harga emas tengah naik giler….

image

Sebenarnya kalau HARGA EMAS NAIK, UNTUNG! Harga EMAS TURUN PUN UNTUNG! Yeahhh! Ilmu dan teknik memang sangat penting dalam pelaburan emas kerana dengan adanya emas anda bakal menjadi jutawan dalam masa yang singkat…. hehehehe… tak percaya ke…? memang lah anda tak percaya, tapi anda akan percaya bila anda melakukannya dengan ILMU PENGETAHUAN dari buku RAHSIA EMAS-Azizi Ali..

Sumber – emasfaiz.blogspots.com

Beli Emas 10gram, setiap bulan dapat rebate 7%

DSCN0084

Soalan
Assalamualaikum tuan,
Ada 1 program emas. Bayar RM1800 dapat emas sebanyak 10gram, setiap bulan akan diberikan rebate sebanyak 7% = RM126 selama 10 bln. Emas ada di tangan. Adakah halal tuan?
Terima kasih

Jawapan

Soalan bagi struktur sebegini sudah diutarakan sebelum ini. Cuma, munkin ada perbezaan pada jumlah atau peratus pulangan yang diberikan. Ia lebih kurang dengan skim cepat kaya yang lain, yang menggunakan hibah/rebate sebagai tarikan. pertamanya, harga sudah di mark up daripada harga pasaran semasa iaitu lebih kurang RM 1,250 -RM1,300 sahaja. Perbezaan lebih kurang RM500. Keseluruhan rebate/hibah yang diberikan pula adalah sekitar RM1,260. ia adalah jumlah yang besar. Ini adalah risiko yang besar kepada penjual/penganjur skim. Pada masa yang sama ia adalah tarikan yang amat menarik kepada pembeli/pelabur. Seolal olah pembeli dapat beli dengan harga yang amat murah. Tetapi kena tunggu sampai 10 bulan.

Hukum asal hibah adalah harus. Penjual juga boleh beri hibah kepada pembeli bagi setiap pembelian. Namun, hibah dalam bentuk rebate yang tinggi iaitu hampir dengan membayar balik harga jualan menimbulkan masalah. Seolah olah jumlah kesuluran rebate adalah harga pasaran semasa emas. Penjual seolah olah tidak mendapat apa apa keuntungan langsung. Di dalam perniagaan sebenar sifirnya, penjual perlu mendapat keuntungan. Tidak ada peniaga yang sengaja mahu menanggung kerugian.

Dalam skim di atas, satu satu cara mendapatkan keuntungan ialah penangguhan bayaran rebate. Dari segi cashflow, penjual/penganjur akan bermasalah tidak mampu membayar rebate. It is too good to bu true. Dengan itu tarikan rebate yang tinggi adalah tarikan kepada pelabur yang baru atau supaya pelabur yang lama menambah atau meneruskan pelaburan. Jelas sekali ia adalah skim cepat kaya, ia akan lingkup dalam tempoh tertentu apabila tidak ada lagi pelabur yang baru, penganjur tidak mampu mebayar rebate, pelabur pula, walaupun ada emas di tangan, disebabkan emas dibeli dengan harga yang mahal, akan kerugian kalau mahu dijual semula emas di pasaran.

Wallahua’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Jual Emas 100gram dengan harga RM4k, lepas sebulan dapat balik Emas yang dijual bersama hibah

gold-bars-2012-2

Soalan

Salam. Saya nak tanya pasal program terbaru anjuran xxx gold trading, patuh Syariah atau tidak. Hantar pamp 100g dpt rm 4000 time tu jgk, selepas 30 hari, dapat balik pamp dan diberikan hibah rm 1500.

Jawapan,
Ia adalah transaksi yang bermasalah dari segi kepatuhan kepada Shariah, berdasarkan alasan berikut:

Pertama, jual beli sedemikian adalah tidak sah. Kalau saya jual barang, saya ambil harga bayaran, kemudian saya kata, kena pulangkan balik barang yang saya jual selepas sebulan, ia adalah jual beli yang tidak sah. Samalah juga kalau pembeli menawarkan awal awal lagi akan memulangkan barang yang dibeli, penjual beretuju menjual dengan syarat tersebut, ia adalah syarat yang bercanggah dengan tujuan (muqtada) jual beli, dengan itu ia membatalkan jual beli tersebut dari awal awal lagi. Ini kerana jual beli adalah pertukaran dua gantian yag melibatkan perpindahan pemilikan.

Kedua, ia adalah pinjaman berfaedah. Emas dipinjamkan (qard), kemudian dipulangkan balik. Kalau sekadar meminjam emas, tidak ada isu Shariah. Tetapi, masalahnya ada manfaat dalam bentuk bayaran duit tunai. Bayaran duit kononnya harga jualan emas iaitu RM4000 dan hibah RM1500 adalah riba, kerana ia bukan betul betul jual beli. Ini kerana pemilik emas tidak akan bodoh menjual emas yang bernilai RM13k dengan harga RM4k, kecuali dia sudah tahu, dia akan dapat balik emas yang dijual sebab pembeli/pengelola skim sudah berjanji akan bagi balik emas tersebut. Pemilik emas/pelabur sudah tahu tidak akan berlaku pemindahan pemilikan sebenar kepada pembeli. Emas itu akan kembali kepadanya.

Kesimpulan, ia bukan transaksi jual beli yang sebenar, ia hanyalah “camouflage” atau helah kepada riba. Transakasi tersebut pada adalah dikira sebagai pinjaman (qard) emas. Setiap pinjaman yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman adalah riba.

Wallahu’alam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)