March 5th, 2012Agama, Tradisiadmin 1 Comments

sebagai yang kita maklum zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah, zakat harta adalah terdiri dari zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat galian, zakat tanaman manakala zakat fitrah adalah zakat wajib dikeluarkan oleh setaip orang islam pada Bulan Ramadhan, bukanlah disini intu saya mendefinisikan secara detail syarat-syarat, dalail dari quran dan sunnah dan lain, penulisan saya tertumpu pada cara pengiraan zakat emas.
terlebih dahulu saya letakan syarat-syarat diwajibkan menguarkan zakat emas:
1- islam
2- merdeka
3- sempurna milik
4- cukup nisab
5- cukup satu haul (dalam kiraan hijriah 354 hari)

zakat emas terbahagi kepada dua:

1- yang di pakai, syarat wajib untuk emas yang dipakai adalah mengikut uruf setempat, contoh di johor uruf setempat dalam pemakaian emas adalah 850gram.jd sesiapa yang pakai lebih 850 gram emas maka dia wajib menguarkan zakat pada lebihan tersebut. contoh seseorang yang memakai 900 gram emas jd nilai yang perlu dizakatkan hanya 50 gram.

contoh jalan pengiraan 900 gram (emas dipakai) – 850 gram (kadar uruf pemakaian emas setempat) = 50 gram lebihan pemakaian. 50 gram. nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram.  jika seseorang memakai 900 gram di tolak dengan kada ururf pemakaian emas setempat adalah 850 gram berbaki 50 gram dan dikalikan dengan RM 154.49 bersamaan RM 7724.40 kemudian di bahagikan dengan 0.25%(kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40 jd zakatnya adalah RM 193.11

2- Zakat emas yang tidak di pakai:
contoh pengiraan emas bagi emas yang tidak dipakai adalah:
ada mempunyai 100 gram emas, jd emas yang perlu di bazakan zakat adalah 100 gram ini , perkara yang perlu di cari adalah nilai setiap gram emas, nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram , jadi 100 gram (yang disimpan) di kali dengan RM 154.49 (nilai 1 gram emas) bersamaan RM 15449.00 dibahagikan dengan 0.25% (kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40. jd zakatnya adalah RM 386.23

*emas bila dipamerkan kepada orang lain itu dikira emas itu di pakai, jika anda memakainya hanya cuba-cuba, ianya tidak dikira di pakai kerana sifat emas itu hiasan diri

'One Response to “Cara mengira zakat emas”'
  1. Kaler Fool says:

    salam..nak tanya…kalo emas itu dibuat jual beli pada setiap bulan,contoh ari ni sy beli emas 100g bln depan saya jual 100g tersebut dan membeli emas baru dgn berat 100g jg..berlaku selama 12bulan..adakah saya perlu keluarka zakat emas kerana jumlah berat ditetpkan zakat sudah melebihi.atau tidak dikenakan zakat kerana emas itu sentiasa bergerak setiap bulan???

Leave a Reply

Pelajari Ilmu Emas Dahulu

Categories

PING & SPONSOR