Antara Kes Penipuan Pelaburan Yang Membabitkan Masyarakat Melayu/Islam

SEPANJANG tahun lalu, banyak skandal dan penipuan pelaburan yang melibatkan segolongan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan Berita Harian.

Ini tidak termasuk kes-kes yang tidak diketahui dan yang tidak dilaporkan dan terlepas daripada pemantauan akhbar ini.

Berikut adalah antara kes penipuan pelaburan melibatkan masyarakat Melayu/Islam setempat yang dilaporkan akhbar ini pada tahun lalu:

1. Pelaburan saham emas kendalian syarikat Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Seramai 7,000 hingga 8,000 pelabur, sebahagian besar Melayu, dilaporkan melabur dalam skim pelaburan saham emas Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) Singapore.

Berdasarkan jumlah minimum 2,000 saham yang perlu dilabur dan harga sekitar AS$1.70 ($2.10) sesaham, ini bermakna jumlah pelaburan minimum yang sudah dipindahkan kepada firma itu boleh mencapai $33.6 juta.

Syarikat itu mencetuskan tengkarah apabila ia gagal memberi pelabur dividen disebabkan keputusan syarikat membuat Tawaran Awam Awal (IPO).

2. Program Roll Over

Sekitar 50 pelabur Melayu/Islam setempat difahamkan terjebak dalam skim pelaburan palsu yang dijalankan secara senyap-senyap dan melibatkan pelaburan bernilai hampir $1 juta.

Dinamakan Program Roll Over, pelaburan itu dikendalikan orang tengah, yang juga merupakan seorang peniaga, menerusi syarikat rawatannya di Golden Landmark.

3. Firma Dagangan Emas Genneva – satu skim berniagakan emas yang boleh dibeli balik daripada pelanggan

Genneva disiasat Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) kerana gagal memberikan wang dan emas yang dijanjikan kepada pelanggan mereka.

Sejak diperkenalkan di sini pada 2008, Genneva telah menarik 10,000 pelanggan di Singapura dan dianggarkan 25-30 peratus pelanggannya terdiri daripada orang Melayu.

Di akhir kontrak, Genneva membeli balik emas pada harga asal yang dibayar pelanggan. Namun, syarikat itu menjual emas kepada pelanggan pada kadar premium 20-30 peratus di atas harga pasaran.

4. Firma Perunding cara Hutang Reliance Credit Consultancy

Beberapa pelanggan Melayu yang menghadapi masalah hutang meruncing, semakin bertambah beban hutang kewangan mereka setelah mereka mendapatkan khidmat firma perunding cara milik pasangan Melayu.

Firma itu awalnya bersetuju menawarkan khidmat berunding dengan bank-bank bagi menghuraikan masalah hutang-hutang mereka. Namun setelah membayar wang kepada syarikat perunding cara hutang itu, bank-bank masih menuntut bayaran hutang dan mendesak para pelanggan yang terjebak melunaskan bayaran mereka.

5. Chique Gelerie

Satu lagi kes hangat ialah penjualan beg berjenama melalui rangkaian sosial Facebook, Chique Gelerie, milik peniaga Melayu.

Chique Gelerie, yang menjual beg berjenama, dipercayai tidak memulangkan sehingga $120,000 kepada lebih 400 pelanggan, majoriti Melayu, selepas gagal mengirim tempahan mereka.

One thought on “Antara Kes Penipuan Pelaburan Yang Membabitkan Masyarakat Melayu/Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>