Kawasan didakwa ada Emas di Jelebu Diarah Tutup

SEREMBAN 30 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

”Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

 

pelaburan kwsp ke public mutual disekat

Sebab KWSP Gantung Dana Public Mutual

pelaburan kwsp ke public mutual disekat

Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.

Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.

Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan ……

Teruskan membaca di sumber asal: http://www.kl-today.com/2012/10/kwsp-gantung-public-mutualapa-sebab/

kapal russia membawa emas hilang

Kapal Russia Dengan 700 Ton Emas Hilang

kapal russia membawa emas hilang

Sebuah kapal yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.

Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.

Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut berkata mereka belum mengenalpasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.

batuan emas - gold ore

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

Kahwin: Gadis Cina Pakai Perhiasan Emas 5 Kg

Seorang pengantin dari Fujian, China mengenakan perhiasan emas seberat 5kg ketika majlis pernikahannya pada 28 Oktober yang lalu. Gadis cantik yang dikenali sebagai Liu Cheng memakai perhiasan yang bernilai lebih RM1 Juta itu termasuk kalung, gelang, permata dan cincin diseluruh tubuhnya dan dibantu ibunya Lin Hu mengambil masa kira-kira 1 jam untuk memasangkan keseluruh tubuh anak gadisnya.

“Saya sudah mengumpulkan perhiasan ini bertahun-tahun, Hal ini dilakukan untuk menunjukkan kami dari keluarga yang baik-baik.”, jelasnya.

Saya ingin membuat hari ini begitu istimewa untuk anak saya” ujar Lin Hu

Wedding Organizer (WO) mengatakan, emas dipandang sebagai tanda murah rezeki dan bernasib baik pada pernikahan serta menandakan keluarga pengantin wanita adalah berasal dari keluarga yang baik dan berada,

 

 

 

 

 

1 Juta Emas Dilarikan Dalam Rompakan Kedai Emas

KUALA LUMPUR – Sekumpulan perompak memasuki sebuah kedai emas dengan menebuk dinding belakang premis itu sebelum melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam satu kejadian di Jalan Genting Klang di sini Sabtu lepas.

Kejadian dipercayai berlaku pada 9 malam dan hanya disedari seorang pekerja kedai emas itu pada 8 malam keesokan harinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kumpulan suspek itu dipercayai mempunyai kepakaran menggunakan peralatan memecah dinding serta peti kebal, selain telah lama memerhatikan premis berkenaan.

“Dipercayai mereka menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti kebal sebelum memecahkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan kejadian di premis yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam itu menyaksikan tiga peti besi berisi barang kemas ditebuk suspek.

Othman berkata kumpulan penjenayah itu turut memotong wayar sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengelak wajah mereka dikenal pasti.

Seorang pekerja sebuah kedai berhampiran yang enggan dikenali berkata kumpulan perompak itu juga bertindak mengalihkan pandangan CCTV di belakang premis tempat dia bekerja ketika kejadian.

Tinjauan Bernama mendapati lubang berukuran badan manusia ditebuk di dinding belakang kedai emas itu manakala gril di dalamnya dipatahkan dan terdapat kesan tebuk pada dinding nipis untuk masuk ke tempat barang kemas disimpan. – Bernama

Kad Kredit Emas Bertatah Permata Pertama Di Dunia

Bagaimanakah bank menghargai pelanggan mereka? Ada yang menghadiahkan kereta dan telefon pintar. Ada juga yang memberikan jongkong emas kepada pelanggan mereka yang setia. Sberbank dari Kazakhstan menghadiahkan 100 pelanggan paling setia mereka dengan kad kredit Visa Infinite yang diperbuat dari emas dan bertatahkan 26 permata berjumlah 0.17 karat. Antara kelebihan kad kredit ini ialah had kredit tanpa limit, pertolongan insuran dan guaman peribadi dimana sahaja di dunia. Ianya diberikan kepada pelanggan mereka yang paling kaya dan menjadi simbol status elitis mereka di muka bumi. Kad kredit Visa Infiniite ini ialah kad kredit emas dan permata pertama dunia dan jika anda inginkannya silalah melawat negara kelaharian Borat Sagdiyev. 

link asal: http://blogserius.blogspot.com/2012/10/serius-visa-infinite-kad-kredit-emas.html

Cara Proses Emas Dari Processor

Sapa rasa yang prosessor komputer yang dah rosak tu tak berharga? Kalau ada yang sangka macam tu, bermakna korang dah silap besar..Kalau korang nak tahu, setiap prosessor komputer sama ada yang masih baru atau yang telah rosak mempunyai kepingan emas di dalam nya yang bertindak sebagai konduktor..Lepas ni baru korang tahu kan kenapa prosessor komputer yang baru tu harga nya mahal? =D

Jadi, bagi korang yang suka kumpul atau mempunyai simpanan prosessor komputer yang dah rosak tu, boleh la cuba dapatkan kepingan emas yang ada kat dalam tu..Macam mana caranya? Kalau nak tahu cara nya, meh tengok step-step kat bawah ni..Kalau korang buang je prosessor tu, sah-sah rugi..huhuhuhu..

 

 

p/s: kalau ada banyak prosessor komputer ni kat rumah, mau kaya dah aku..hehehe $$$ (mata duitan)

emas genneva kementerian kewangan

Liabiliti Syarikat Emas Genneva Melebihi Aset

emas genneva kementerian kewanganBank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Beliau berkata siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urusniaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit dan urusan pemberian jongkong emas kepada pelanggan tergendala serta lambat.

Beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah.

“Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti.

“Jadi bagaimana dia (Genneva) nak bayar bila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan jutaan (ringgit),” kata beliau ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Baru-baru ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat selepas beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata Bank Negara sedang meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia dan Bank Negara juga tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat terbabit.

“Pada mulanya ada yang dapat pulangan dua peratus sebulan, dan ini tidak betul. Kita tak boleh kata pelabur tak bersalah, dia pun melabur dan ada risiko.

“Syarikat memang salah. Mana ada skim yang boleh bagi pulangan baik, jika ia terlalu bagus, ia tidak mungkin betul,” katanya.

Sementara itu, berkaitan isu Konsortium Indah Water (IWK) Sdn Bhd, Awang Adek berkata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi jaminan untuk melakukan penstrukturan semula secepat mungkin bagi mengatasi masalah kebergantungan kepada subsidi kerajaan.

“Memang (IWK) mempunyai masalah struktur. Masalahnya ialah caj kepada pengguna adalah RM2 ke RM8, tidak cukup untuk menanggung kos operasi sebenar RM23 seunit. IWK nak caj RM23, kerajaan tidak benarkan kerana rakyat bising, rakyat kata mahal,” katanya.

– Bernama

Porsche Berwarna Emas dicuri di Showroom

KUALA LUMPUR  : Kereta Porsche Panamera bernilai kira-kira RM900,000 yang dicuri dari sebuah bilik pameran di Jalan Bukit Bintang pada 11 Okt lepas, ditemui semula berdekatan sebuah kondominium di Seri Kembangan di sini, hari ini.

Porsche Panamera 4
Ianya ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan jarak lokasi dari tempat kereta itu disamun hanya kira-kira 24 kilometer sahaja. Ketika ditemui, Porsche tersebut memakai nombor pendaftaran palsu, WGU 123.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Porsche berwarna emas itu ditemui dalam keadaan baik pada 12 tengah hari.
“Kereta mewah itu kini diletakkan di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kejadian itu, kereta Porsche berkenaan dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa dengan seorang petugas di bilik pameran itu.
Lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudian naik ke tingkat satu premis dan menggeledah meja untuk mencari kunci kereta berkenaan sebelum melarikan kereta itu.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki ditahan pada keesokannya di Klang dan tempoh reman lelaki itu dilanjutkan setelah penemuan Porsche itu.
Polis juga masih mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, yang alamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini untuk membantu siasatan.