Sepanjang Jun 2011, harga emas mengalami penurunan mendadak pada 2 minggu terakhir ekoran krisis matawang euro, krisis Greece dan juga kenaikan matawang USD, cuma pada 2-3 hari yang lepas harga emas kembali naik dan membuktikan sekali lagi harga emas akan naik lebih tinggi setelah mengalami kejatuhan. Bagaimanapun timbul sedikit kekesalan bagi pihak kami kerana tidak membeli emas pada awal Julai ketika harga jatuh begitu rendah dan gagal menyimpan lebih dari 1 kilo emas 999.9 tetapi terpaksa melepaskan kepihak yang lain kerana kengkangan modal.
Ini bukan kali pertama harga emas pulih setelah jatuh teruk, pada Februari 2011, ketika perayaan tahun baru cina harga emas pernah jatuh lebih teruk tetapi kembali pulih 2 minggu kemudiannya, begitu juga ketika tsunami di Jepun dan juga kematian Osama Ben Laden 2 bulan yang lepas. Ini menunjukkan pelaburan emas stabil untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Sepanjang bulan Jun lalu, Kami dilanda Demam bolasepak bermula dengan Final Piala FA diantara Terengganu vs Kelantan diikuti perlawanan kelayakan ke Olimpik 2012 London dan juga Piala Dunia 2014. Hampir semua perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil sempat kami hadiri bagi menyokong pasukan Harimau Malaya, tahniah kepada skuad Harimau Malaya dan juga Harimau Muda kerana layak ke peringkat seterusnya.
Our Services
Maklumat terkini dari blog
- iPad Bersalut Emas 24 Karat Untuk Penghuni Burj Al Arab
- Kesemua Mayat Tragedi Lombong Emas Ditemui
- Selamat guna emas dalam produk kecantikan?
- Bank Negara Mohon Gantung Perintah Pelepasan Harta Pengarah Genneva
- Simpan Emas Untuk Tabung Pendidikan
- Aset Syarikat Pelaburan Emas, Genneva Kekal Beku
- Apa itu KOS UPAH ?
- 3 Ketul Emas 1.6Kg Milik Lembaga Wakaf Hindu P.Pinang Hilang
- Kisah Tanah & Emas
- Permintaan Emas Di China Cecah Rekod Tinggi Dalam Suku-1 2013
Blog Traffic
Pages
- Last 24 hours: 0
- Last 7 days: 0
- Last 30 days: 0
- Online now: 0



Membeli Emas Terpakai & Surat Pajak
Penghantaran Emas Pelaburan Ar-Rahnu
Menjual Emas 999 dan 916 Padu
Khidmat Tebus Surat Pajak / Ar-Rahnu