July 10th, 2010MaklumatHargaemas 28 Comments

Emas sering kali dijumpai dalam bentuk tulen dan ia tidak bergabung dengan unsur lain seperti logam-logam mineral yang lain contohnya besi ditemui dalam bentuk ferum oxide dan Magnesium pula bergabung dengan sulfur membentuk magnesium sulfat. Emas berada dicelah-celah lapisan batu samada gumpalan besar, tetapi kebiasaannya emas ditemui dalam bentuk serpihan kecil di celah batu kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas dari puncak ke kaki bukit akibat kesan jerapan didalam batuan, dan biasanya termendap didalam batu kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite.

Ah sudah, pening nak sebut nama pelik-pelik batu2 ni. Tapi yang bestnya bayangkan anda sedang mengorek bukit untuk mencari air bukit, tiba2 ada sebiji batu jatuh terhempuk didepan anda (bukan hempuk kepala ) pada batu itu, terdampar sekilauan ketulan emas seberat beberapa tan! , wah!  jadi apa anda akan buat? hebohkan kepada umum? masuk paper nak jadi famous? atau teruskan korek secara rahsia? saya pilih option yang last, korek sendiri dan jual maka saya boleh jadi kaya cepat. Siapa taknakkan?

Baiklah kali ini saya hanya ingin berkongsi keadaan logam emas yang ditemui didalam batu. Emas boleh ditemui dimana-mana tetapi jumlahnya sangat sedikit, dalam pelbagai bentuk dan formation.

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"] Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.[/column]

[column width="57%" padding="0"][/column]

[column width="40%" padding="0"]Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.[/column]

[column width="100%"]yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?[/column]
[column width="100%"][/column]

Related posts:

  1. Cara menguji ketulenan emas
  2. Jenis emas, kualiti dan karat
  3. Emas dalam elektronik (computer)
  4. Jongkong emas di Utara
  5. Harga emas semasa mulai jatuh

  • amer

    salam,,, saya adalah pencari emas ,emas kawsan saya ada didalam batu dan tanah,, di sini saya ingin menyatakan cara pemprosesan saya dgn menggunakan mesin batu hingga menjadi pasir ,, dan pasir tersebut terus masuk ke palong,, hasilnNYA agak lumayan jika kita ikut alor batu yg boleh nampak emas di batu tersebut,,,namum saya ingin belajar cara pemprosesan pasir yg halus sudah di mesin kali 2 menggunakan mesin lain ..pasir tersebut halus macam tepung tapi jika diayak,, ,masih ada saki baki emas yg halus,, adakah cara lain untuk mendapatkan 100% emas yg tertinggal,, tolong tunjukkan cara melalui email saya,,,

  • bro….

    saya berminat untuk membeli batu silika quarts yang mengandungi au.ag.dan kadar ppm nya bagus.kalau terdapat (azurt) lagi bagus.saya mahu di kawasan kedah.komersial.maaf belum ada di malaysia memperoses emas dari batu.saya sebut cara flotation.nak buat .tak ada masalah.sebab………nantilah kita cerita panjang.

  • bro

    tuan saya ingin mengetahui batu silaka quarts di kedah.batu yang mengandungi au dan ag dan berapa kadar ppm.kalau ada tolong kita boleh buat duit.saya tahu memproses flotation.lama dah di luar negara.negara kita tak ada org proses cara ini.yang ada hanya dari pasir.alu.

  • dino

    aku tinggal di Kota bharu, kelantan.
    Sape nak dulang emas diJeli, jom kita pi sama-sama. Email aku dulu, kita kenal dan bincang dulu..

  • nazar

    salam……tuan saya sudah lama mencari emas tapi x pernah jumpa tempat yang banyak emas, hampir setiap hari saya serch di google untuk dapatkan peta taburan emas tapi tak jumpa dimanakah harus saya serch. saya berada di pahang……..adakah peta taburan emas ada jual di kedai buku…..

    • http://www.facebook.com/lochoe admin

      @nazar, mungkin ada di pejabat tanah daerah….atau perpustakaan negeri..saya x pasti

    • shaari awie

      salam NAZAR. jom kite gi mersing kat gunong arong.cari logam mulia tu.rezki kite mana tau kan.kayo pakcik. dulu penah blajo ndulang emas gak masa kat sri pantai.