Bau busuk, bahaya timbunan sampah runtuh dan hujan lebat yang boleh menaikkan paras air tanpa disedari, bukanlah halangan kepada berdozen-dozen pemungut barangan logam terpakai untuk “melombong” di kawasan timbunan sampah berketinggian hampir 300m di utara Guatemala.
Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah yang busuk semata-mata untuk mencari cincin dan gelang perak atau emas yang mungkin terdampar di situ.
“Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat, di pejabat kami selalu ditengking dimarah, tapi disini kami bebas,” kata Eddie Miranda, 41 tahun.
Eddie bernasib baik baru-baru ini apabila menemui gelang emas seberat 9 gram, emas tersebut dijual dengan harga 2000 quetzals ($ 256). Jika dikira dalam ringgit, 9gram emas buruk bernilai hampir RM1170. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi jika dibandingkan dengan gaji purata penduduk Amerika Tengah, jumlah tersebut hampir sama dengan $ 270 (RM860) gaji minimum di negara Amerika Tengah.
Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti ini apabila mereka mampu mendapat $20 dollar sehari, dua kali ganda gaji sehari jika bekerja biasa.
Our Services
Maklumat terkini dari blog
- Cara Mengira Susut Nilai EMAS #
- Perlombongan Emas Tradisional Melayu di Aceh
- Barang Kemas Bersejarah
- iPad Bersalut Emas 24 Karat Untuk Penghuni Burj Al Arab
- Kesemua Mayat Tragedi Lombong Emas Ditemui
- Selamat guna emas dalam produk kecantikan?
- Bank Negara Mohon Gantung Perintah Pelepasan Harta Pengarah Genneva
- Simpan Emas Untuk Tabung Pendidikan
- Aset Syarikat Pelaburan Emas, Genneva Kekal Beku
- Apa itu KOS UPAH ?
Blog Traffic
Pages
- Last 24 hours: 0
- Last 7 days: 0
- Last 30 days: 0
- Online now: 0






Membeli Emas Terpakai & Surat Pajak
Penghantaran Emas Pelaburan Ar-Rahnu
Menjual Emas 999 dan 916 Padu
Khidmat Tebus Surat Pajak / Ar-Rahnu