Contoh mudah pelaburan emas

image

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Ramai yang mungkin tertanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang , emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang dan mendapat pulangan yang berganda.

Sejak berjuta tahun dahulu, sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, perkelahian dalam merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas & harta benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang berkuasa ini akan terus menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.

Sebut sahaja kemewahan tamadun Aryan di India, Macedonia di greece, Yunani, Rom, mereka menguasai kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada mereka, setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pastinya ia bukan dari poket mereka, kecuali dirampas dari mangsa serangan tersebut.

Jika dilihat sejarah Tamadun Mongols, Barbariks, Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas, mengguling kerajaan2 diatas, bahkan hampir semua tamadun manusia dihancurkan gog dan magog ini, tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif? Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama, semestinya kurangnya ilmu pengetahuan yang diturunkan ke.generasi geberasi baru. Kedua, cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud, mereka tiada keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan dibelanjakan..

Dari sejarah emas sendiri, mungkin kita harus faham, melabur bermaksud menyimpan, pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim2 penipuan), tetapi.pelaburan emas memboleh pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.

Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan, contohnya jika pelabur memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 36gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM360 (10x360gram), tetapi sejak.kebelakangan ini, ada yang.memilih untuk menggunakan sistem ar-rahnu.

Jika tadi, dengan RM5000, pelabur dapat memiliki 36gram emas 999, tetapi jika tambah sedikit contohnya RM6200, pelabur dapat memiliki lebih kurang 100gram emas 999, jika harga emas naik RM10/gram, pelabur boleh untung hampir RM1000 (overlap) (modal RM6k untung RM1k), menarik bukan. Bagaimanapun, cara arrahnu tetap ada caj upah sebanyak 0.75%/month,tidaklah tinggi. (Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut 03-87502645)

Bagaimanapun, cara kedua.lebih selamat kerana keselamatan emas lebih terjamin, pelabur hanya membeli emas yang telah disahkan pihak arrahnu, pelabur membuat.keputusan sendiri tanpa pihak.ketiga, dan yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir ~40% mengatasi ASB, UT, TABUNG HAJI, asn dan sebagainya.

27 thoughts on “Contoh mudah pelaburan emas

  1. saya berminat denganpelaburan emas,tapi tak ada ilmu pengetahuan.ada anjurkan seminar pelaburan emas tak,especially di terengganu.tq.

  2. insyaallah sy bole bantu…jika anda ingin menjadi pelombong dan perlabur emas…..modal yang rendah..anda mampu memiliki sebanyak mana emas…masa ini emas…

  3. as-salam..
    saya just nak share pandangan saya dengan tuan, sy nampak kemudah cairan emas perhiasan adalah lebih mudah drpada emas jongkong atau dinar walaupun masing2 mempunyai harga premiun yang hampir sama kan?

  4. Salam…
    maaf sy tak pndai…tp sy minat nk meyimpan hari tua dlm bentuk emas…

    instead of menyimpan duit dlm akaun ASB/Tabung Haji, saya menyimpan dlm bntuk pelaburan emas… ada masa2 sesuai utk beli dgn harga yg murah, sy beli tambahan unit… begitulah keadaannya sehingga saya pencen….

    soalan sy, boleh ka macamtu ?

    mana lebih elok dan mudah bg kes sy utk menyimpan ni? emas fizikal kah atau dlm bentuk unit(g)?

  5. emas saya adalah emas sepuloh terengganu saya pun baru je kekedai emas khamis 15 september 2011 kedai emas hendak beli dengan harga Rm165/gm bagitu juga di ar rahnun nak ambil dengan harga emas 24K

  6. Salam, saya ada sedikit simpanan emas999 barang perhiasan lama (Terengganu) dalam lebih kurang 400gm.Saya ini bertanya apakah cara terbaik untuk saya buat pelaburan dengan emas ini.

  7. Harga emas di Bank Rakyat berubah setiap hari, apabila harga naik walaupun 1-2 hari, pelanggan boleh overlap (atau renew surat), berbeza berbanding agro, harga emas di agro bank naik 1-2 bulan sekali.
    hargaemas di Bank rakyat ada turun dan naik mengikut pasaran biasa, agrobank pula hanya akan naik apabila perbezaan harga semasa dan harga bank (more less RM14/gram), tetapi harga agrobank tidak pernah turun.
    Untuk melabur menggunakan ar-rahnu, pelabur digalakkan hanya overlap sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan (bulan terakhir)… overlap banyak kali bermaksud nilai pinjaman pun bertambah (akan dicaj lebih)…

  8. salam…nak tya kenaikkan emas ni kebiasaannya setiap bulan atau bagaimana?contohla saya beli emas999 bulan ni rm5000 dan dapat 36g emas,kemudian bulan depan naik rm10 pergram..keuntungan saya dapat rm360 dan saya terus jual…setelah saya jual,saya beli semula dengan harga rm5000 lgi kemudian saya dapat lebih kurg 33.58g…so katakanlah naik lagi rm10 pergram cuma keuntungan berkurang daripada tadi tapi still untung dan saya lakukan step ini berulang ulang kali apa pendapat tuan?adakah ada lagi cara yang menguntungkan?

    Tq

  9. Akum,

    Nak tanye pasal maybank gold investment….?cara ni pun bleh dapat untung ke…?sy baru nk tau pasal pelaburan emas nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro