November 2nd, 2009Bantuan Teknikal, MaklumatHargaemas 84 Comments

Beberapa hari lepas, saya ada menerima comment dari visitor berkenaan cara paling mudah menguji ketulenan emas kerana beliau risau jika membeli item bukan emas di kedai emas tertentu, saya telah meletakkan soalan beliau dan jawapan didalam forum hargaemas, bagaimanapun ada baiknya jika saya meletakkan didalam laman page ini sendiri. berikut adalah beberapa pembincangan saya

goldanddiamonds_03

Link forum : http://www.hargaemas.com.my/discuss/index.php/topic,4.0.html (jika anda mempunyai maklumat lain sila kongsi ye, no registration untuk berforum)

claudia
October 21st, 2009 at 8:49 am

Nak tanya saya bminat nk tapi saya kadang-kadang ragu dgn sesetengah kdai kcl yg menyatakan menjual cincin @ barangan emas putih…boleh bagi saya tunjuk ajar mengetahui rupa emas putih sebenar
Link: http://www.hafizjewel.com/koleksi/emas-putih/set-barang-kemas-ep49/#comment-1483

Pertamanya claudia, jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera.

berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan)

1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun.

2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih.

Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman)

3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas.

4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.

ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???

cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut)

tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit.

selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti

1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee)

3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya..

diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air..

saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus..

apa pendapat anda? adakah info ini membantu

Related posts:

  1. Harga emas terkini di Malaysia
  2. Jual emas lama rosak patah emas putih emas 916
  3. Selamat datang ke Portal Harga Emas Malaysia

  • Wanzulainaamira

    salam..bagaimana hendak mengetahui emas tulen.?
    saya mempunyai tiga keping emas,penah saya pergi menguji di kedai emas,koperasi tentera dan bank rakyat setelah menguji keputusan nya,didapati emas pior.setelah bertanya untuk dijual pihak berkenaan tidak dapat memletak harga.adakah emas ini sangat mahal ataupun memang tidak boleh dijual..??hairen saya.

  • Firdaus_paesa

    salam..saya ada menjumpai ketulan batu yg mana pada batu tersebut ada terlekat mineral galian seperti emas.di jumpai semasa meratakan sebuah bukit kedalaman lhh kurang 10~20 meter dalam tanah..sy dah uji di kdai emas melalui batu hitam gosok dan titis asid..mineral tu keluarkan hablur berwarna hijau..adakah itu kandungan emas..cina kat kdai tu ckp bukan tapi die sibok bertanta dapat kat mane pulak hampeh..

  • asmidah

    salam sya nk tanya bru nie sya telah membeli gelang emas suasa dia kte emas muda nie takkn luntur smpai bila2 tpi mcm mna kte nk pastikn dia tulen emas suasa ke tak dia dah bakar gelang nie di depn sya tpi tkde ape yg berubah adakah itu tulen.

  • Nobli_nassir

    salam.. ape perbezaan emas 916 n 750..?

    • http://www.facebook.com/hargaemas Hargaemas

      916 = 91.6% emas, 750 =75% emas x seratus peratus pure mcm emas 999 = 99.9% emas

  • Lia

    slm. suami sy ada bantu 1 pkcik di sabah. ketika suami nk blk ke KL, pkcik tu bg 1 bgkusan hadiah dlm kotak. berat. sbb risau ttinggl flight, suami tk smpat cek apa dlm bgkusan kotak tu. dh smpai kt umh br buka. rupanya ketul jongkong emas. ada cop 999.9 GOLD. berat 2kg.betul ke ini emas? sy bminat nk beli asid utk test ketulinan emas. blh sy beli dr tuan asid ni? sayang nk jual emas ni. jd suami bw ke ar-rahnu. tp tk diterima sbb tkde cop bank negara/swiss. sy dr kajang.

    • http://www.facebook.com/hargaemas admin

      Boleh dtg kepejabat kami, http://www.hargaemas.com.my/office

    • Abcd

      salam akak,

      sekiranya betul barang tu berharga….. tahniah
      di agro bank ada disediakan peti simpanan peribadi… chargenya pun murah kurang dari rm 100/thn…
      kalau sayalah, elok disimpan sahaja brg tu… utk jaminan masa depan anak2…
      lagipun harga emas akan naik 500% slps 3 thn…
      tu mengikut tinjauan saya…
      lg satu, dlm al-quran pun ade sebut pasal emas ni, jd mmg bentuk pelaburan yg terjamin…..
      TAPI jangan lupa utk keluarkan zakat…

      • http://www.facebook.com/hargaemas Hargaemas

        peti simpanan emas agrobank (di HQ agrobank paling minimum RM20/setahun) untuk box kecil, pelabur dinasihatkan untuk simpan disana