About

Portal harga emas ini dibina bertujuan untuk membantu user atau visitor mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga emas di sekitar Malaysia samada harga emas di Negeri Kelantan, Borneo, Perak, Johor ataupun di Lembah Kelang khususnya. Portal ini memerlukan kerjasama pelawat untuk membantu pelawat berkenaan harga emas semasa di kedai emas tertentu. Oleh kerana emas merupakan bukannya barang kawalan, harganya sentiasa berubah mengikut index emas yang didagangkan di Stock Exchange New York setiap hari.

Antara beberapa features / kemudahan yang akan dibina di dalam laman portal ini antaranya adalah:

1. Gold price by location (shop/area)

Features ini membolehkan para pelawat meletakkan harga semasa di suatu area, pelawat boleh memilih dimana tempat mereka berada dan letakkan secara ringkas harga emas disitu. Pelawat juga boleh meletakkan nama kedai dan area dan sebagainya untuk membantu user yang lain

2. Gold Trading services

Features ini memberi ruang kepada visitor untuk menjual atau membeli emas second hand dengan pelawat yang lain (features mungkin dibina atau tidak) kerana, secara umumnya, pelawat mempunyai perbezaan minat dari segi design sesuatu barangan kemas.

3. Gold directory / promotion

Portal harga emas akan cuba untuk mendapatkan maklumat berkenaan promosi2 tertentu berkenaan barangan kemas dan akan menyampaikannya kepada mereka yang berminat dengan segera. Features ini memerlukan anda meletakkan email anda dan memilih tempoh promosi yang anda inginkan kami menghantar newsletter kepada anda apabila kami mendapat maklumat berkenaan promosi emas terbaru.

4. Lelongan emas

Portal lelongan emas akan cuba menyediakan features ini untuk membantu visitor menbeli emas pada harga terendah, iaitu semasa lelongan emas dijalankan. features ini akan diterangkan dengan lebih detail bagi masa akan datang.

5. Direktori/ Map kedai emas dan jual emas diMalaysia

Features ini akan disediakan untuk membantu visitor mencari kedai-kedai emas dikawasan berhampiran mereka menggunakan map dan direktori yang akan disediakan.

6. Kami akan cuba membina lebih banyak features yang dapat memberi benefit kepada semua pelawat, jika anda mempunyai idea, hantarkan idea anda dengan menulis didalam komen box dibawah atau emailkan kepada kami di hargaemas.com.my(a)gmail.com

Terima kasih kerana datang melawat, website ini masih didalam kemaskini, kami akan bersedia untuk beroperasi sebelum November 2009.